FIFA beku pembiayaan kepada Persatuan Bola Sepak Indonesia

FIFA membekukan pembiayaan kepada PSSI selepas melucutkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 negara itu minggu lepas.
FIFA membekukan pembiayaan kepada PSSI selepas melucutkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 negara itu minggu lepas.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membekukan pembiayaan kepada Persatuan Bola sepak Indonesia (PSSI) selepas melucutkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun 2023 negara itu minggu lepas.

FIFA bagaimanapun menegaskan komitmen penuh untuk menyokong PSSI dalam proses transformasi bola sepak Indonesia.

“Susulan mesyuarat minggu lalu, pentadbiran FIFA, mencadangkan sekatan sementara ke atas penggunaan dana FIFA Forward sehingga notis selanjutnya,” kata Presidennya, Gianni Infantino.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, FIFA akan menilai secara menyeluruh pelan strategik yang telah dibentangkan oleh presiden PSSI, Erick Thohir di Paris pada Khamis sebelum menarik balik sekatan itu.

Sebagai susulan kepada pertemuan mereka di Qatar pada 29 Mac, Erick turut berkongsi rancangan kerajaan Indonesia untuk melabur dalam infrastruktur bola sepak di seluruh negara.

FIFA menarik balik hak Indonesia sebagai tuan rumah kejohanan 24 pasukan itu selepas dua gabenor wilayah enggan menjadi tuan rumah pasukan Israel yang turut beraksi dalam kejohanan itu.

Piala Dunia B-20 yang dijadual dari 20 Mei hingga 11 Jun sepatutnya berlangsung di enam lokasi - Bali, Bandung, Jakarta, Palembang, Solo dan Surabaya. - Bernama