LBS lancar kempen ‘Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali’ dengan bonus menarik

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - Sempena perayaan Aidilfitri ini, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan kempen ‘Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali’ yang menawarkan ganjaran duit raya bernilai lebih RM438,800.

Tawaran ini terbuka buat mereka yang membeli rumah idaman dengan LBS di samping menikmati enam tawaran bonus iaitu yuran guaman percuma, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksi, yuran tempahan yang rendah, yuran keluar sifar dan pakej kelengkapan perabot.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, kempen “Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali” bukan sahaja memberi manfaat kepada pembeli malah turut membantu merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah idaman sekaligus menjadikan sambutan hari raya kali ini lebih meriah dengan ganjaran bonus dan tawaran menarik.

“Bonus ini bertujuan untuk memberi pelanggan LBS menikmati pengalaman pembelian yang terbaik di samping memastikan mereka dapat menerima lebih daripada apa yang dijangkakan.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

“Kempen ini merupakan lanjutan daripada kempen utama ‘LBS Fabulous Extraaa’, dimana pembeli rumah bertuah berpeluang memenangi 22 unit kereta Perodua Axia, 41 unit Motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 unit basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, Televisyen Panasonic 40’ dan pelbagai peralatan elektrik bernilai RM1.5 juta,”katanya di sini, hari ini.

Selain itu, LBS juga telah memperkenalkan tiga peraduan dalam talian menerusi kolaborasi istimewa bersama OGAWA Malaysia bagi merancakkan lagi kempen kali ini.

No Image Caption

Orang ramai boleh menyertai permainan dalam talian “Ekstra Tuah Challenge” menerusi laman web http://raikanrezeki.lbs.com.my, tunjukkan bakat tarian anda di “Raya Ekstra TikTok Challenge” atau sertai “Rezeki Ekstra Raya Giveaway Contest” dan anda mungkin antara yang bertuah untuk memenangi produk premium OGAWA iaitu kerusi urut Smart Reluxe (bernilai RM10,999.00), kerusi urut My Sofa Luxe (bernilai RM8,999.00), pembersih udara, mesin urut kaki, bernilai lebih daripada RM50,000.00*. (Tertakluk kepada terma & syarat)

Tempoh kempen “Rezeki Ekstra Dikongsi Kembali” adalah dari 1 April 2023 hingga 31 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh meraikan hari raya dengan lebih ‘ekstra’ di samping memiliki rumah idaman, sila layari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998.