PM rayu percepat proses pelaburan syarikat gergasi China

Menerusi lawatan rasmi Anwar ke China selama empat hari bermula pada Rabu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion.
Menerusi lawatan rasmi Anwar ke China selama empat hari bermula pada Rabu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri merayu agar kerajaan di empat negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mempercepatkan proses berkaitan dengan pelaburan syarikat gergasi China.

Empat negeri tersebut adalah Pahang, Perak, Johor dan Terengganu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, salah satu projek akan dimulakan dalam masa yang singkat dengan jangkaan Mei depan.

"Sebab itu saya merayu agar kerajaan negeri jangan ambil masa yang panjang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Minggu lalu, menerusi lawatan rasmi Anwar ke China selama empat hari bermula pada Rabu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi iaitu bernilai RM170 bilion.

AKAN MENYUSUL