Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga jam 1 pagi Rabu.

Menurutnya, amaran cuaca buruk itu membabitkan seluruh negeri Perlis manakala di Kedah pula ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

“Bagi Perak pula, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak sementara di Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang.

“Di Sabah, amaran buruk tersebut merangkumi daerah pedalaman seperti Tenom, Nabawan dan Keningau manakala di Sandakan pula melibatkan Tongod,” kata jabatan berkenaan dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

MetMalaysia memaklumkan ramalan itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah berjangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!