Dialog Siswa medan cambah idea anak muda

Dialog Siswa edisi sulungnya akan menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebagai tetamu jemputannya yang pertama. Program ini terbuka kepada orang ramai dan orang ramai boleh klik pautan ini untuk pendaftaran go.sinar.la/436bPcE dan majlis berbuka puasa disediakan penganjur.
Dialog Siswa edisi sulungnya akan menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebagai tetamu jemputannya yang pertama. Program ini terbuka kepada orang ramai dan orang ramai boleh klik pautan ini untuk pendaftaran go.sinar.la/436bPcE dan majlis berbuka puasa disediakan penganjur.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian sebagai akhbar telus dan tulus meneruskan peranan sebagai penyambung lidah masyarakat dengan mengambil inisiatif menganjurkan program Dialog Siswa bermula Khamis ini.

Program tersebut akan menjadi platform kepada golongan mahasiswa untuk mendapatkan maklumat secara langsung dari pemimpin politik sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, Dialog Siswa juga boleh jadi medan terbaik anak muda di institusi pengajian tinggi menyampaikan pandangan mereka terus kepada pemimpin negara.

Zamri berkata, walaupun wujud banyak platform media sosial yang boleh menghubungkan mereka, namun pertemuan bersemuka tetap pendekatan terbaik untuk berkomunikasi yang sewajarnya diambil peluang oleh semua lapisan anak muda.

“Kita sedar anak muda ada banyak idea yang bagus untuk membangunkan negara. Sayang kalau idea dan suara mereka tidak didengari dan dipanjangkan kepada ahli politik agar isu dan keluhan masyarakat dapat diselesaikan pada peringkat lebih tinggi.

“Dialog Siswa boleh jadi medan kepada mereka mengemukakan cadangan, pandangan, malah kritikan kepada mereka yang berada di atas bukan berti ruang untuk mengkritik kepimpinan atau kerajaan, sebaliknya program ini adalah wacana pemikiran yang patut diberikan tempat dalam budaya masyarakat hari ini,” katanya.

Sinar Harian juga mempunyai pelbagai program lain yang boleh ditonton masyarakat antaranya seperti Wacana Sinar Harian, Berani Semuka, Sinar Live dan yang terbaharu adalah Town Hall bersama Anthony Loke.

“Akhbar ini sentiasa memberikan ruang kepada pelbagai pihak dan segmen untuk mengutarakan idea-idea dan adakalanya berbeza pendapat.

“Untuk mencapai status negara maju, aktiviti percambahan idea perlu digiatkan dan cara untuk melakukannya adalah melalui dialog,” tambahnya.

Dialog Siswa akan menemui penonton bermula 6 April ini, jam 4 petang di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Edisi sulungnya akan menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman sebagai tetamu jemputannya yang pertama.

Program ini terbuka kepada orang ramai dan orang ramai boleh klik pautan ini untuk pendaftaran go.sinar.la/436bPcE dan majlis berbuka puasa disediakan penganjur.