Tentera Israel tembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

RAMALLAH - Dua rakyat Palestin ditembak mati ketika tentera Israel melancarkan operasi di wilayah Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Sementara itu, menurut Bulan Sabit Merah Palestin, tentera Israel turut menyasarkan Hospital Khusus Nablus dengan 'bom gas'.

Radio Voice of Palestine melaporkan tentera Israel menyerbu sebuah apartmen kediaman di pinggir Kota Lama di Nablus dan berundur selepas menahan dua pemuda.

Sementara itu, kumpulan Lions’ Den, menerusi satu kenyataan berkata, ahli kumpulan itu bertempur dengan tentera Israel menggunakan peluru dan bahan letupan buatan sendiri.

Setakat ini, seramai 94 rakyat Palestin maut termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita sejak keganasan terbaru meletus, menurut Agensi Berita Palestin Wafa. - Bernama