Tiga terbunuh insiden tembakan di selatan Perancis

Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam tiga insiden tembakan di selatan Perancis pada malam Ahad. Foto hiasan
Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam tiga insiden tembakan di selatan Perancis pada malam Ahad. Foto hiasan
A
A
A

PARIS - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam tiga insiden tembakan di selatan Perancis pada malam Ahad, lapor Xinhua memetik saluran berita BFMTV.

Tiga kejadian tembakan itu berlaku di bandar Marseille dengan insiden pertama berlaku di kawasan kejiranan Le Castellas menyebabkan dua terbunuh, diikuti kejadian kedua di kejiranan Les Aygalades dan ketiga di daerah kedua bandar yang menyebabkan seorang terbunuh.

Beberapa orang turut cedera dengan tiga dalam keadaan kritikal.

Polis sedang menyiasat insiden berkenaan, lapor BFMTV. - Bernama