Seorang maut, 30 cedera dalam insiden letupan di St. Petersburg

Seorang maut manakala 30 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kafe di St. Petersburg. - Foto EPA
Seorang maut manakala 30 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kafe di St. Petersburg. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Seorang maut manakala 30 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kafe di St. Petersburg, Rusia, menurut Kementerian Kesihatan Rusia.

Jawatankuasa siasatan pada Ahad mengesahkan bahawa berlaku letupan di sebuah kafe di St. Petersburg, namun jenis bahan letupan masih belum dapat dikenal pasti.

Datuk Bandar Alexander Beglov berkata, jumlah yang cedera seramai 25 orang.

Seorang wartawan tentera Rusia Vladlen Tatarsky dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu.

"Menurut data terkini, 30 orang cedera dalam kejadian letupan di sebuah kafe di St. Petersburg dan seorang maut. Enam mangsa mengalami kecederaan serius,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Rusia pada Ahad. - Bernama-Sputnik