Puting beliung badai Arkansas ragut tiga nyawa

Kemusnahan yang berlaku di kawasan kejiranan Walnut Ridge akibat puting beliung. - Foto AFP
Kemusnahan yang berlaku di kawasan kejiranan Walnut Ridge akibat puting beliung. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan berpuluh-puluh lagi dimasukkan ke hospital akibat puting beliung yang melanda Arkansas di Amerika Syarikat, lapor Sputnik.

Satu kematian dilaporkan di North Little Rock manakala dua lagi dilaporkan di bandar Wynne, menurut ABC News pada Jumaat, memetik pihak berkuasa tempatan.

Bangunan yang rosak akibat puting beliung di Little Rock, Arkansas pada Jumaat. - Foto AFP
Bangunan yang rosak akibat puting beliung di Little Rock, Arkansas pada Jumaat. - Foto AFP

Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders mengisytiharkan darurat selepas bencana itu turut menyebabkan lebih 80,000 penduduk terputus bekalan elektrik pada Jumaat.

Menurut laporan The New York Times, bumbung di sebuah bangunan teater di Belvidere, Illinois, runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan hampir 30 yang lain cedera.

Puting beliung merosakkan beratus-ratus rumah dan bangunan di sebahagian besar Arkansas Tengah pada Jumaat. - Foto Bernama
Puting beliung merosakkan beratus-ratus rumah dan bangunan di sebahagian besar Arkansas Tengah pada Jumaat. - Foto Bernama

Selain Arkansas dan Illinois, puting beliung turut melanda Tennessee, Wisconsin, Iowa dan Mississippi. - Bernama-Sputnik