Suami isteri maut, anak parah, kemalangan dua kenderaan


Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan pacuan empat roda di KM41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan pacuan empat roda di KM41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BALING - Pasangan suami isteri maut manakala anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah van dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat.

Mangsa yang maut pemandu van, Saiful Azmi Mohd Razali, 35, dan penumpang hadapan, Sailulhayati Mat Isa, 36, apabila mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk.

Manakala anak pasangan itu, Amar Rizqi Saiful Azmi berusia 2 tahun parah selepas melecur tangan sebelah kiri dan cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 10.15 malam itu, van jenis Nissan yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut sedang bergerak dari arah Baling menghala ke Kulim.

“Setiba di lokasi kejadian pemandu van dipercayai telah hilang kawalan lalu terlanggar tembok jambatan di sebelah kiri jalan sehingga mengakibat kenderaan itu berpusing.


Kemalangan melibatkan sebuah van dengan pacuan empat roda di KM41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM
Kemalangan melibatkan sebuah van dengan pacuan empat roda di KM41.2 Jalan Baru Kulim - Baling, pada Jumaat. - Foto ihsan PDRM

“Ketika itu pacuan empat roda jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki yang juga guru Sekolah Kebangsaan Malau, berusia 43 tahun yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan terlanggar di bahagian hadapan sebelah kiri van terbabit,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Shamsudin berkata, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu van maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia semasa sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, anak pasangan itu serta pemandu pacuan empat roda terbabit dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Pemandu pacuan empat roda dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan PDRM
Pemandu pacuan empat roda dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. - Foto ihsan PDRM

Mayat pasangan itu kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Shamsudin berkata, kes siasat kes di mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Awani