China mula buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BEIJING - China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan Covid-19, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.

"Mulai hari ini, agensi pelancongan China dan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian akan menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan untuk warga asing...," menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.

Pada Disember 2022, kerajaan China mula melonggarkan secara beransur-ansur dasar "toleransi sifar" itu, selepas dasar yang disifatkan paling ketat di dunia itu dilaksanakan elama hampir tiga tahun.

Langkah berkenaan diambil berikutan bantahan besar-besaran terhadap sekatan di beberapa bandar di China.