Penampal lopak XinLu bertahan lama

Baiki struktur jalan rosak, tampal lubang lebih kukuh

A
A
A

Penampal lopak XinLu menjadikan kerja-kerja penampalan lubang jalan raya menjadi lebih kukuh dan mudah.
Penampal lopak XinLu menjadikan kerja-kerja penampalan lubang jalan raya menjadi lebih kukuh dan mudah.

PUCHONG - Penampal lopak XinLu kini menjadi produk alternatif dalam usaha memperbaiki struktur jalan yang rosak dengan menampal lubang menjadi lebih kukuh dan tahan digunakan terutama pada musim hujan.

Produk berkenaan bukan sahaja mudah ditampal malah terbukti tahan lama.

Pengarah Urusan Syarikat Fox Traffic Sdn Bhd, Howie Gan berkata, konsep produk yang diedarkan oleh syarikatnya itu adalah untuk menutup kawasan berlubang yang dirawat sehingga membolehkan kerja-kerja penampalan lubang jalan raya menjadi lebih kukuh dan mudah.

"Gabungan penampal lopak XinLu dan bahan campuran sejuk (coldmix) menjadikan tampalan lubang sementara bertahan lebih lama terutama pada musim hujan kerana adanya lapisan kalis air yang dapat mengekang larian dan resapan air," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat lalu.

Menurut Howie, idea untuk menghasilkan produk berkenaan tercetus apabila beliau sendiri menyaksikan kemalangan melibatkan sebuah keluarga akibat jalan berlubang di kawasan kejiranan.

HOWIE
HOWIE

Insiden tersebut mendorongnya mencari jalan penyelesaian dan akhirnya menemukan penampal lopak XinLu ketika beliau menghadiri sebuah ekspo antarabangsa yang diadakan di Beijing, China.

"Jadi kami bekerja keras untuk membawa produk ini ke Malaysia selain telah menjalankan pelbagai ujian rintis yang diperlukan," ujarnya.

Tambah beliau, produk yang diperkenalkan sejak 2019 itu telah menunjukkan keberkesanan dari segi ketahanan, prestasi dan mesra alam.

Katanya, penampal lopak Xinlu telah diguna pakai di lebuh raya selepas ditampal pada retakan atau pada jalan raya berlubang.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) juga memberikan kelulusan untuk produk ini digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sementara jalan berlubang. Kerjasama dengan JKR ini diharap dapat memastikan misi tiadanya jalan berlubang di negara kita dapat direalisasikan.

Dengan kaedah pemasangan yang betul, penampal lopak XinLu mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun.
Dengan kaedah pemasangan yang betul, penampal lopak XinLu mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun.

"Dengan kaedah pemasangan yang betul, penampal lopak XinLu terbukti dapat bertahan selama dua hingga tiga tahun. Sebagai contoh, Lebuhraya Senai−Desaru (E22) telah menggunakan teknik penampalan XinLu bagi tujuan kerja-kerja tampalan lubang sementara," jelas Howie.

Dalam pada itu, beliau berkata, produk berasal dari Xinjiang, China itu bukan sahaja mesra pengguna dan mesra alam malah kerja pembaikan melibatkan kos efektif kerana ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membaik pulih jalan dengan penggunaan alatan asas selain proses yang mudah dipelajari.

Ujar Howie, produk berkenaan sesuai diguna pakai di tapak perkhidmatan awam seperti lebuh raya, kawasan perumahan, pusat membeli-belah, tempat letak kereta, pusat tarikan pelancong, stesen minyak, kilang, pelabuhan, kondominium, pangsapuri dan sebagainya.

Selain itu, pihaknya juga perlu memastikan produk berkenaan memberi manfaat bukan sahaja kepada pengguna jalan raya tetapi kepada semua agensi kerajaan yang mempunyai bajet terhad untuk memperbaiki lebih banyak lubang jalan.