Suami hilang selepas bertengkar

Sharul Hanif Hasran yang dilaporkan hilang.
Sharul Hanif Hasran yang dilaporkan hilang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di stesen bas Jalan Pasar, di sini.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan lelaki berkenaan dikenali Sharul Hanif Hasran berusia 25 tahun.

"Seorang wanita warga tempatan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan suaminya pada 22 Mac lalu.

"Kali terakhir wanita itu melihat suaminya di stesen bas Jalan Pasar, setelah berlaku pertengkaran mulut antara pasangan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Sarjan Mohd Al Hafis Jaafar, di talian 0124433709, 03-92212222 atau mana-mana balai polis berhampiran.