545 bangunan bersejarah di Istanbul dijadikan tahan gempa

Bangunan seperti masjid, air pancuran, muzium, perpustakaan dan makam terus dipulihkan mengikut panduan pengurusan risiko gempa bumi bagi struktur sejarah. Foto Xinhua
Bangunan seperti masjid, air pancuran, muzium, perpustakaan dan makam terus dipulihkan mengikut panduan pengurusan risiko gempa bumi bagi struktur sejarah. Foto Xinhua
A
A
A

ISTANBUL - Sebanyak 545 bangunan bersejarah di Istanbul, Turkiye telah dipulihkan untuk tahan gempa bumi berikutan gempa bumi Izmit 1999.

Direktorat Am Yayasan bergabung dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah memulihkan 300 bangunan bersejarah dan Perbandaran Metropolitan Istanbul memulihkan 245 bangunan.

Selepas dua gempa bumi kuat menggegarkan Turkiye pada 6 Februari, kemusnahan yang berlaku di 11 wilayah di Turkiye menarik perhatian Istanbul dan rintangan gempa bangunan bersejarah di wilayah itu menjadi perhatian, lapor Agensi Anadolu.

Di bawah Direktorat Am Yayasan, bangunan seperti masjid, air pancuran, muzium, perpustakaan dan makam terus dipulihkan mengikut panduan pengurusan risiko gempa bumi bagi struktur sejarah.

Hampir 1.3 bilion lira Turkiye (AS$67 juta) telah dibelanjakan untuk pemulihan dan pengukuhan bangunan.

Sementara itu, Perbandaran Metropolitan Istanbul menjalankan penyelenggaraan dan pembaikan tempat bersejarah di Istanbul dengan pasukan pakar menggunakan pembalut polimer bertetulang gentian (FRP) untuk beberapa dinding struktur bersejarah seperti Yedikule Gasworks bagi mengukuhkannya.

Penegang keluli juga digunakan untuk menjadikan struktur seperti Basilica Cistern tahan gempa bumi.

Kerja-kerja pemulihan diteruskan pada 33 bangunan bersejarah, termasuk Istana Rumeli Hisarı. - Bernama