Kerajaan setuju lanjut pelepasan cukai SSPN sehingga 2024 - PM

Anwar ketika membaca semula Belanjawan 2023 untuk dibahaskan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama
Anwar ketika membaca semula Belanjawan 2023 untuk dibahaskan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar keresahan disuarakan golongan yang terkesan.

"Cadangan ini melibatkan kehilangan hasil Kerajaan sekitar 250 juta ringgit setahun dan memanfaatkan lebih 400,000 pembayar cukai.

"Jumlah ini bukan jumlah golongan B40... ini mereka yang pendapatan lebih sederhana tapi maksudnya untuk pendidikan, itu pertama.

“Kedua, belanja pendidikan kian meningkat, sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya.

"Jumlah ini bukan jumlah golongan B40... ini mereka yang pendapatan lebih sederhana tapi maksudnya untuk pendidikan, itu pertama.

“Kedua, belanja pendidikan kian meningkat, sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya. - Awani