S P Setia beri ganjaran kepada pembeli rumah

Pemenang hadiah utama Ganjaran Akhir Tahun kategori pembeli baharu membawa pulang wang tunai bernilai RM118,888.
Pemenang hadiah utama Ganjaran Akhir Tahun kategori pembeli baharu membawa pulang wang tunai bernilai RM118,888.
A
A
A

S P Setia mengumumkan pemenang kempennya, SetiaCation dan Ganjaran Akhir Tahun dengan hadiah bernilai lebih RM800,000 di Amari Kuala Lumpur baru-baru ini.

S P Setia dalam satu kenyataan berkata, kempen SetiaCation memberikan ganjaran kepada lebih 500 pemenang yang merupakan pembeli rumah hartanah S P Setia bermula 16 Ogos hingga 31 Disember 2022 dengan jaminan penginapan tiga hari dua malam di Amari Kuala Lumpur, Amari SPICE Penang dan Amari Johor Bahru, Johor.

“Sembilan daripada pembeli rumah itu dipilih memenangi percutian ke hotel Amari di Maldives, Phuket, Bangkok, Krabi dan Laos,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, menerusi Ganjaran Akhir Tahun yang berlangsung sempena kemenangan ke-14 S P Setia sebagai Pemaju Hartanah pertama pada 'Property Developer of The Edge Malaysia Top Property Developers Awards' tahun 2022, ganjaran wang tunai diberikan kepada 14 pemenang dan termasuk tujuh ahli 'Citizen Setia' sedia ada dan tujuh pembeli rumah baharu.

Pemenang SetiaCation.
Pemenang SetiaCation.

“Kedua-dua kempen ini diadakan bertujuan untuk menghargai pembeli rumah Citizen Setia, mempromosikan projek S P Setia selain menampilkan SP Setia Amari Kuala Lumpur dan Amari SPICE Penang yang bermula beroperasi pada September tahun lepas,” kata kenyataan itu.

Pemenang SetiaCation menerima hadiah utama iaitu percutian empat hari tiga malam ke Amari Havodda Maldives.

Hadiah utama Ganjaran Akhir Tahun bagi pembeli sedia ada bernilai RM68,888 manakala pemenang hadiah utama bagi kategori pembeli baharu membawa pulang wang tunai bernilai RM118,888.