Pengarah syarikat dikehendaki serah diri

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat yang dikehendaki untuk kes pencemaran Sungai Kim Kim menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, lelaki warga Singapura terbabit menyerah diri di IPD tersebut sekitar jam 11.17 pagi tadi.

"Tangkapan telah dilakukan terhadap lelaki warga Singapura tersebut yang berusia 49 tahun.

"Suspek akan ditahan di lokap IPD Seri Alam. Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan Johor dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dibaca bersama dengan Seksyen 42 Akta yang sama terhadap suspek tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook rasmi Polis Johor di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat pengarah pendakwaan Johor.

Selain itu, katanya, Polis Johor menegaskan orang ramai untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang akan mencemarkan alam sekitar dan seterusnya memudaratkan kesihatan.

Artikel Berkaitan: