Warga Bangladesh dijel 9 bulan beri maklumat palsu

Tindakan seorang peniaga warga Bangladesh yang cuba memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan cabutan atau carian kad pengenalannya membawa padah apabila Mahkamah Majistret Kuantan menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan.(Gambar hiasan) - Foto 123RF

A
A
A

KUANTAN - Tindakan seorang peniaga warga Bangladesh yang cuba memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan cabutan atau carian kad pengenalannya membawa padah apabila Mahkamah Majistret Kuantan menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan.

Mohamad Noramin Anuar Rahman, 19, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Tertuduh mengaku melakukan perbuatan itu di kaunter kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang pada 23 Februari lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan di bawah Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya JPN, Shahzan Amir Mohd Nor dan Mohd Jeffri Abd Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sehubungan itu, JPN menerusi satu kenyataan menyeru dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama serta membuat aduan terus kepada pihak berkuasa jika mengesan setiap isu penyelewengan.

Katanya, ini membolehkan setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat amnya.