56 ADUN Johor terima peruntukan tambahan RM60,000

Onn Hafiz pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar pada Isnin.
Onn Hafiz pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Johor meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM60,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan tersebut diharap memberi dapat digunakan sebaiknya seterusnya memberi faedah kepada rakyat dan bangsa Johor.

Katanya, semua peruntukan yang membabitkan implikasi kewangan bernilai RM3.36 juta berkenaan akan disalurkan dalam masa satu minggu ini.

"Sebelum mengakhiri penggulungan ini, izinkan saya berkongsi sedikit berita gembira untuk ahli-ahli Yang Berhormat sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.

"Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk program Ramadan manakala RM20,000 lagi untuk program Aidilfitri.

"Selain itu, peruntukan sebanyak RM20,000 akan ditambah untuk menjayakan agenda Johor Bersih di kawasan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar pada Isnin.