Santapan 29 Malam kongsi rezeki dengan anak yatim

100 orang kanak-kanak dari tiga rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Perlindungan Safiyyah, Pusat Jagaan Amal Asyura dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur dijemput menghadiri majlis berbuka puasa Santapan 29 Malam.
100 orang kanak-kanak dari tiga rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Perlindungan Safiyyah, Pusat Jagaan Amal Asyura dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur dijemput menghadiri majlis berbuka puasa Santapan 29 Malam.
A
A
A

SHAH ALAM - Tropicana Golf Club & Country Resort, anak syarikat Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) memperkenalkan Program Santapan 29 Malam di Selera Muhibbah dengan berkongsi rezeki juadah berbuka puasa kepada 100 orang kanak-kanak sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif berkenaan melibatkan tiga rumah anak-anak yatim iaitu Rumah Perlindungan Safiyyah, Pusat Jagaan Amal Asyura dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur.

Menurut Pengarah Eksekutif Tropicana, Allan Wong Weng Keong, langkah amal itu diadakan selaras dengan prinsip tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat yayasan amal syarikat.

Jelas beliau, kehadiran bulan Ramadan merupakan peluang untuk muhasabah diri dan memberi penghargaan kepada anak-anak yatim.

“Kami memfokuskan untuk mendekati golongan memerlukan dengan membawa kanak-kanak yang kurang bernasib baik bersama penjaga mereka ke Tropicana Golf Club & Country Resort untuk menikmati bufet berbuka puasa.

“Lebih daripada 300 hidangan dan stesen memasak secara langsung disediakan. Di samping menyediakan makanan, kami melaksanakan inisiatif tersebut sebagai tanda menyokong setiap rumah kebajikan dengan memberikan sumbangan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menariknya, acara berbuka puasa itu didahului dengan persembahan hidangan oleh 12 cef dan pembantu yang mempamerkan keistimewaan memasak ikan bawal pedas cili padi dan daun bay, peratal ayam dan daging lembu lada hitam Sarawak, manakala acara kemuncak turut disediakan iaitu persembahan ghazal.

Keistimewaan tahun ini pula, Tropicana memperkenalkan kulit lembu dalam kari kelapa bersama cili padi yang menjadi kegemaran warga Negeri Sembilan.

Pada masa sama, bufet iftar juga disediakan untuk orang ramai dengan harga tiket RM60 hingga RM75 bagi kanak-kanak dan RM128 hingga RM148 bagi dewasa.