Warga asing cabul remaja perempuan, beri upah RM50

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga asing diberkas dipercayai mencabul seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kampung Fajar di sini pada Disember lalu.

Suspek yang merupakan penjual surat khabar itu berjaya diberkas di tepi Jalan Air Jernih, Setapak di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika suspek datang ke rumah mangsa.

"Suspek telah masuk ke dalam bilik kemudian telah memegang badan mangsa, memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa.

"Mangsa kemudian diberikan RM50 sebagai ganjaran," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan dijalankan berhubung kejadian kemudian berjaya memberkas suspek.

"Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.