Jual martabak RM5 sejak 2007

Saari masih mengekalkan harga RM5 bagi sekeping martabak sejak 2007 hingga kini.
Saari masih mengekalkan harga RM5 bagi sekeping martabak sejak 2007 hingga kini.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang peniaga martabak di bazar Ramadan Lurah Semantan di sini masih mengekalkan harga RM5 sekeping sejak 2007 hingga kini.

Shaari Ali, 54, memberitahu, biarpun ramai peniaga sudah menjual hingga mencecah RM7 sekeping, dia memilih mengekalkan harga tersebut tanpa mengurangkan saiz atau inti martabaknya.

Menurutnya, keberkatan Ramadan itu selain ingin bersedekah menjadi hasrat utamanya untuk terus memberikan yang terbaik buat pengunjung.

"Tak sampai hati nak naikkan harga walaupun dihimpit dan tertekan dengan kenaikan harga barang pada masa ini.

"Saya niat nak tolong pembeli dan penggemar martabak ayam, daging dengan harga lebih berpatutan RM5 sekeping.

"Buat masa ini, sambutan menggalakkan diterima dan saya bersyukur kerana sambutan pengunjung di bazar ini tetap memuaskan selepas dua hari berniaga," kata Shaari kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Saari
Saari

Tambah Saari, setakat ini sebanyak 150 keping berjaya dijual setiap hari dan berharap situasi itu berterusan selepas lebih 20 tahun berniaga di bazar tersebut setiap tahun.

Amir
Amir

Sementara itu, seorang mekanik, Amir Zaini, 21, mengakui harga martabak yang berpatutan itu menyebabkan dia tertarik untuk membeli selain dapat berjimat.

"Bila nampak ada gerai ini, saya terus beli kerana paling murah selepas buat tinjauan di bazar ini.

"Macam pengguna, kami dapat berjimat selain dapat menikmati menu kegemaran seperti martabak," tambah Amir.

Widani
Widani

Seorang pelajar, Widani Syariman, 21, mengalu-alukan usaha peniaga yang menjual harga berpatutan.

"Bila nampak tadi terus beli, rasanya dah jarang dapat harga macam ini sekarang," jelas pelajar di Kuantan itu.