Lengkapi Ramadan, Syawal dengan barang Go Shop

A
A

RAMADAN semakin menghampiri. Debarannya juga sudah semakin terasa. Sudah bersediakah kita?

Bersediakah rohani dan jasmani kita untuk menyambut penghulu segala bulan ini? Jangan terleka, Ramadan bukan hanya disambut tetapi perlu direbut untuk dapatkan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Ramadan datang dengan seribu makna untuk manusia mendidik jiwa, masa untuk menjernihkan hati. Malah, saat terbaik untuk kita menepis daripada sifat-sifat tercela.

Kemuliaan Ramadan tiada tolok bandingnya. Di bulan yang mulia ini perlu kita terampilkan dengan pakaian mengikut syariat. Yakinlah, jika amalan baik dan amal kebajikan melengkapi Ramadan, Syawal kali ini pastinya akan lebih istimewa.

Baca, hayati dan amal al-Quran. Amalan wakaf dituntut dalam islam



Hanya RM99, anda mampu menambah amalan baik dengan mewakafkan Set al-Quran Wakaf Ramadan. Ditawarkan dengan set berbeza, setiap naskhah disertakan dengan tanda bacaan tajwid.

Untuk dapatkan Set Al -Quran Wakaf klik di sini.

Jaga pemakanan, tamar makanan sunnah yang terbaik



Tamar pemanis mulut pelengkap juadah sepanjang Ramadan. Dapatkan 12 paket kurma Sunsweet Dates 400g. Produk berkualiti daripada Tunisia ini mengandungi gula asli dan karbohidrat yang mampu memberikan tenaga sepanjang berpuasa.

Untuk pembelian SunSweet Dates di sini.

Ke masjid dengan telekung yang kemas & selesa





- Rekaan Siti Khadijah Telekung Klasik 5.0 tampil dengan koleksi klasik istimewa dan paling popular. Dihasilkan eksklusif daripada bahan lycra dengan 100% kualiti gabungan kain kapas dan poliester.

- Set rekaan Aliff by Sha Telekung Raudah 2.0. untuk solat sunat Aidilfitri. Warna memikat dengan hiasan sulaman biru lembut di bahagian bawah telekung dan atas kepala. Dihasilkan daripada kain kapas Jepun yang berkualiti.

Dapatkan Set Sepasang SK Telekung Klasik di sini.

Pembelian Set Berkembar SK Telekung Klasik di sini.

Dapatkan Set Aliff By Sha Telekung Raudah 2.0 di sini.

Muliakan penampilan dengan tudung patuh syariah





- Leanen Tudung Comfy Safiyya sesuai untuk wanita Muslimah. Rekaannya yang menutupi seluruh bahagian dada boleh juga digunakan untuk bersolat tanpa memerlukan inner. Dihasilkan daripada bahan cotton lycra, tak perlu diseterika, tak perlu pin.

- Bagi yang kurang cekap menggayakan selendang, Alma Region Azalea Instant Shawl ada jawapannya. Set pembelian 5 helai ini didatangkan dengan warna-warna pastel dengan sedikit batu perhiasan sebagai penyeri. Sesuai digayakan di Aidilfitri. Menggunakan material jenis chiffon cerutti, pembelian turut disertakan dengan hadiah 1x tote bag.

Dapatkan Leanen Tudung Comfy Saffiya di sini.

Pembelian Alma Region Azalea Instant Shawl di sini.

Tutup aurat, tepati syariat ke majlis iftar atau pagi Syawal



Suchi by Chantek Baju Kurung Pahang didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu ungu kundang dan coklat polos. Kurung Pahang dari Como Crepe dihias broked dan songket di lengan dan sedikit sentuhan batu perhiasan penambah gaya.

Dapatkan Suchi By Chantek Baju Kurung Pahang di sini.

Diskaun RM10 setiap pembelian di Go Shop



Bagi meraikan pelanggan, Go Shop menawarkan diskaun sebanyak RM10 dengan setiap pembelian barangan menggunakan kod SINAR10.

Kod ini sah dari 24 April hingga 30 April 2019 sahaja. Jadi, gunakan peluang ini untuk penjimatan beli-belah anda.

Go Shop destinasi beli-belah 24 Jam nombor satu Malaysia. Hubungi talian Go Shop di 1800-82-0088, layari Go Shop atau muat turut aplikasi mudah alih Go Shop menerusi Google Play atau App Store untuk membuat tempahan sekarang!

Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia