Aaron Aziz dakwa terpaksa ambil suntikan atas permintaan Syamsul

Aaron ketika dalam siaran video di Instagramnya pada Khamis.
Aaron ketika dalam siaran video di Instagramnya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa beliau terpaksa mengambil suntikan bagi mendapatkan susut badan ideal seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof bagi menjayakan filem tersebut.

Aaron berkata, beliau telah mengambil suntikan itu atas permintaan daripada Syamsul dan bertindak sedemikian bagi mencapai susut badan yang dikehendaki untuk filem berkenaan.

“Kau hantar mesej dekat aku tunjuk gambar nak (susut badan) macam itu. Aku balas balik dalam WhatsApp, kalau nak badan macam ini kena cucuk.

“Kau cakap pergi cucuk. Berapa banyak aku dah pergi cucuk,” katanya dalam siaran video di akaun Instagram miliknya pada Khamis.

Beliau ketika menjelaskan perkara yang sebenar mengenai isu tersebut turut bersumpah bersaksikan al-Quran ketika dalam video siaran berkenaan.

Pada Khamis, teka-teka mengenai punca sebenar Aaron digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster akhirnya terjawab selepas Syamsul tampil menjawab bahawa ada beberapa faktor pelakon kelahiran Singapura itu tidak dipilih antaranya kerana telah berusia, faktor badan dan kesihatan.