Persembahan Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records

IDEA persembahan di luar kotak!
Mungkin itu yang boleh digambarkan semasa penyanyi, Naim Daniel mempersembahkan lagu Mainan di Anugerah Juara Lagu ke-37 bulan lalu.
Persembahan yang memukau itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malah diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai artis pertama yang membuat persembahan secara terbalik.
Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.
“Terima kasih di atas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal sehingga ke hari ini.
“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan,” katanya menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Pada masa sama, Naim turut menyeru kepada semua anak seni untuk terus berani mencuba dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Lagu Mainan ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga serta lirik oleh Arisz Ab Rahman sehingga kini berjaya mendapat 1.4 juta pendengar di laman YouTube. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Tiada ibu yang bersedia kehilangan anak, namun saya harus reda ketentuan ALLAH' - Uji Rashid
09 November 2026 02:29pmPelakon Cico Harahap meninggal dunia di hospital
08 November 2026 02:03pmAliff Syukri mohon maaf, akui kekhilafan ketika baca surah al-Fatihah
07 November 2026 09:24pmAtisha Khan umum cerai, ikatan empat tahun terlerai
07 November 2026 06:43pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmKanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
09 November 2026 05:34pm- Iklan -- Iklan -
