Pernas peruntuk RM360,000 bangunkan He & She Coffee

Hazimah (dua dari kiri), Zulkiflee (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini.
Hazimah (dua dari kiri), Zulkiflee (tiga dari kiri) bersama tetamu yang hadir pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini.
A
A
A

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) memperuntukkan RM360,000 untuk membangunkan jenama He & She Coffee yang berpotensi difrancaiskan dan mendapat bimbingan serta bantuan pembiayaan.

Pengerusinya, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, jenama He & She Coffee bakal menerima pembiayaan menerusi program Pernas iaitu Program Be Your Own Boss (BYOB) sebanyak RM300,000 manakala peruntukan melalui projek Xcelerator berjumlah RM60,000.

Menurutnya, jenama itu telah didaftarkan di Malaysia Franchise Express (MyFEX), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) dan dijangka mencapai status francais pada Julai tahun ini.

“He & She Coffee merupakan jenama kopi kampus menawarkan pakej prafrancais mampu milik serendah RM250,000 sehingga RM580,000. Kini, jenama ini telah memiliki 30 cawangan di seluruh Malaysia dan bakal membuka lima cawangan baharu pada tahun ini.

Hazimah (dua dari kiri) pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini.
Hazimah (dua dari kiri) pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini.

“Jenama ini menyasarkan 50 cawangan kampus di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada Majlis Soft-Launching Cawangan He & She Coffee yang ke-30 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif He & She Coffee, Zulkiflee Yusof dan Alumni IIUM dan Lisensi He & She Coffee IIUM Gombak, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak

Hazimah berkata, berbeza dengan jenama kopi yang lain, selain mengetengahkan konsep kopi gaya hidup kampus, He & She Coffee juga membuka peluang keusahawanan kepada siswazah daripada golong kurang berkemampuan.

“Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dan melahirkan usahawan francais muda dalam kalangan siswazah,” katanya.

Beliau berkata, program-program Pernas seperti Projek Xcelerator bertujuan meningkatkan bilangan penglibatan usahawan siswa siswi dan gradúan dalam keusahawanan francais dan terdapat sebanyak 34 jenama telah terlibat dalam projek itu.

Mengulas mengenai industri kopi di Malaysia, Hazimah berkata, budaya minum kopi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat negara ini perlu diteliti secara kritis.

“Usahawan perlu bijak mengambil peluang dan melihat senario ini sebagai peluang yang baik sekali gus merancakkan lagi industri makanan dan minuman kopi negara,” katanya.