Meninggal dunia sehari selepas kemalangan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas, Hasan Sulaiman, 80, disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas sehari terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan seorang tukang cuci kereta, Mohd Samsuki Ismail, 50, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menurut beliau, kejadian berlaku pada jam 7.40 malam ketika Mohd Samsuki dalam perjalanan dari arah Bendang Nyior menghala ke Bukit Mas.

"Apabila sampai di tempat kejadian, Hasan dipercayai keluar dari simpang kiri dan tiba-tiba memasuki ke laluan Samsuki.

"Akibatnya, kedua-dua mereka berlanggar menyebabkan terjatuh dan cedera parah," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohd Haki memberitahu, warga emas berkenaan dihantar ke Hospital Tanah Merah dan disahkan meninggal dunia pada Rabu.

Siasatan lanjut masih di jalankan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.