Nurshuhaini mahu 'pergi jauh' di Sukan SEA

Nurshuhaini - Foto Facebook BAM
Nurshuhaini - Foto Facebook BAM
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman meletakkan sasaran untuk mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA 2023 di Kemboja Mei depan.

Ia bakal menjadi penampilan kedua buat pemain berusia 18 tahun itu di temasya dwitahunan tersebut selepas edisi di Hanoi tahun lalu.

Siti Nurshuhaini berkata, pengalamannya beraksi pada edisi lalu diharap dapat membantunya mencapai sasaran itu selain menyuntik semangat untuk meningkatkan mata ranking.

"Cuma kadang-kadang tidak ada rezeki hendak masuk kejohanan besar. Gagal melepasi peringkat kelayakan. Jadi saya rasa mahu cuba untuk masuk kejohanan kecil dahulu untuk dapatkan mata.

"Selepas itu kalau ada rezeki dapat masuk kejohanan besar, saya akan buat yang terbaik," katanya.

Siti Nurshuhaini merupakan antara pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita bersama dua lagi pemain iaitu Tan Zhing Yi dan Wong Ling Ching.

Dalam saingan Sukan SEA di Hanoi, pemain ranking ke-193 dunia itu terkandas di peringkat suku akhir.