Gempa bumi: 3 terbunuh termasuk kanak-kanak di Pakistan, Afghanistan

Pasukan penyelamat membawa mangsa gempa bumi menaiki ambulans ke sebuah hospital di Saidu Sharif. - Foto AP
Pasukan penyelamat membawa mangsa gempa bumi menaiki ambulans ke sebuah hospital di Saidu Sharif. - Foto AP
A
A
A

GEMPA bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda utara Afghanistan pada petang Selasa.

Gempa bumi itu mengorbankan dua individu di timur negara Afganistan dan seorang kanak-kanak di negara jiran Pakistan.

Gegaran pada kedalaman 194 kilometer itu berpusat di banjaran Gunung Hindu Kush, berhampiran wilayah terpencil Afghanistan utara Badakhshan.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia apabila tembok di rumah runtuh menimpanya.

Seramai 150 orang cedera di daerah Swat, utara Pakistan di mana hospital telah mengisytiharkan darurat.

Gegaran dirasai di kawasan seluas 1,000 kilometer oleh kira-kira 285 juta orang di Pakistan, India, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Afghanistan dan Turkmenistan.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud di timur Afghanistan mengorbankan lebih 1,000 orang tahun lalu. - Awani