Terkejut ular sawa 'menyorok' dalam lubang tandas

Ular sawa seberat 23kg ditemui dalam tandas sebuah rumah di Samut Prakan. - Agensi
Ular sawa seberat 23kg ditemui dalam tandas sebuah rumah di Samut Prakan. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Gambar ular sawa seberat 23 kilogram (kg) tular di media sosial Facebook apabila reptilia itu ditemui dalam lubang tandas di sebuah rumah terletak di Samut Prakan, Thailand baru-baru ini, lapor Thaiger.

Kehadiran ular tersebut disedari pemilik rumah selepas cubaannya untuk mengepam air tidak berjaya sebelum terlihat 'sesuatu' bergerak dalam lubang tandas di bilik air.

Justeru, dia menghubungi pasukan penyelamat tempatan yang datang membantunya untuk mengeluarkan ular sepanjang empat meter itu.

Menurut jurucakap pasukan keselamatan, usaha mengeluarkan ular sawa itu agak sukar sehingga mereka terpaksa memotong saluran kumbahan berkenaan.

Kataya, selepas beberapa jam 'usaha keras' itu, akhirnya ular seberat 23kg berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan selamat.

Salah satu gambar tular di Facebook menunjukkan ular tersebut sama saiz dengan botol minuman soda bersaiz 1.5 liter. - Agensi