Amazon akan buang 9,000 lagi pekerja

Cawangan syarikat gergasi e-dagang, Amazon terletak di Metz, timur Perancis. - AFP
Cawangan syarikat gergasi e-dagang, Amazon terletak di Metz, timur Perancis. - AFP
A
A
A

SAN FRANCISCO - Amazon pada Isnin mengumumkan rancangan syarikat itu untuk menghentikan perkhidmatan 9,000 lagi pekerjanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Andy Jassy menerusi catatan blog memaklumkan bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan ‘cloud’ syarikat, pengiklanan dan unit Twitch, lapor Xinhua.

Pengumuman itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Amazon mengumumkan pemberhentian 18,000 pekerjanya.

Pasukan yang terjejas belum memutuskan perkhidmatan yang tidak lagi perlu dan keputusan akan dibuat pada pertengahan hingga akhir April, katanya.

Amazon merupakan antara majikan terbesar di dunia, dengan menggajikan kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia. - Bernama.