Peluang untuk menang lagi kereta mewah

MBSB Bank menyediakan lagi lebih banyak hadiah menarik menerusi SBMB 2.0

A
A
A

Mohamad Jefri (kiri) diumumkan sebagai pemenang dengan meraih hadiah Mercedes Benz A200 bernilai RM250,000 hasil simpanannya sebanyak RM20,000 di MBSB Bank.
Mohamad Jefri (kiri) diumumkan sebagai pemenang dengan meraih hadiah Mercedes Benz A200 bernilai RM250,000 hasil simpanannya sebanyak RM20,000 di MBSB Bank.

Bagi menghargai para pelanggan setia, MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) telah menganjurkan kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0' CASA-i (SBMB 2.0) bagi suku pertama yang bermula pada 1 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Mei ini.

Pelbagai hadiah menarik bernilai RM2.4 juta termasuklah kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai ditawarkan kepada para pemenang. Istimewanya hadiah-hadiah yang ditawarkan ini bersesuaian dengan gaya hidup golongan tertentu seperti wanita mahupun remaja.

Kempen ini terdiri daripada tujuh kategori cabutan iaitu bulanan, kesetiaan, simpanan baharu, digital, simpanan tinggi serantau, istimewa serta utama.

Baru-baru ini, seorang pekedai runcit dari Kampung Sungai Rengas, Terengganu, Mohamad Jefri Mohamad, 38, berjaya membawa pulang sebuah Mercedes Benz A200 bernilai RM250,000 hasil simpanannya sebanyak RM20,000 di MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).

Beliau tidak pernah menyangka kereta mewah yang menjadi idaman ramai itu akan menjadi miliknya selepas memenangi kategori cabutan utama yang diadakan di Pasar Raya Mydin Tunjong, Kota Bharu.

Selain Mohamad Jefri, empat lagi pemenang iaitu Low Beng Cheong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee Ismail masing-masing memenangi wafer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.

Bagi yang mengidamkan kereta Mercedes Benz A200 dan pelbagai hadiah mewah yang disediakan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sebanyak dua buah kereta mewah dan barangan bernilai menanti anda!

No Image Caption

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen SBMB 2.0, boleh menyertainya melalui pembukaan akaun simpanan atau akaun semasa Primewin-i dengan jumlah deposit minimum bernilai RM100 di mana-mana cawangan MBSB Bank, atau dalam talian di laman sesawang MBSB Bank, www.mbsbbank.com.

Penganjuran SBMB 2.0 dijalankan berikutan kejayaan SBMB 1.0 yang menunjukkan bahawa para pelanggan begitu teruja untuk menyertainya.

Semenjak bermulanya penganjuran SBMB 2.0, MBSB Bank dapat melihat peningkatan penyertaan sebanyak 90 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari berkata, pihaknya berterima kasih kepada kesemua para pelanggan setia yang menyertai kempen ini dan di atas sokongan berterusan terhadap MBSB Bank.

"Pelbagai tawaran dan kempen-kempen menarik akan diadakan untuk manfaat semua pihak," katanya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Kempen 'Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0' CASA-i (SBMB 2.0) ini, bolehlah melayari laman web MBSB Bank di sini.