Laine intai kesebelasan utama Harimau Malaya

Laine bersama pemain Harimau Malaya giat menjalani sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Pusat Latihan JDT.
Laine bersama pemain Harimau Malaya giat menjalani sesi latihan menjelang perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Pusat Latihan JDT.
A
A
A

PEMAIN warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya, sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Pemain berusia 20 tahun, yang baru menyertai kelab SJK Akatemia di Liga Divisyen Satu Finland, dikatakan diiktiraf oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, adalah sesuatu yang baik dan berasa bangga berada dalam senarai 27 pemain.

“Saya mahu menyertai (kesebelasan utama), jika tidak sekarang, mungkin pada masa depan, saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan dan mahu menunjukkan nilai yang ada pada diri saya untuk membantu pasukan.

“Sudah tentu ia sukar sekarang, saya hanya berlatih sekali dengan pasukan, bukan dengan semua pemain. (Tetapi akhirnya), itu yang saya mahu lakukan, untuk membantu pasukan (Harimau Malaya),” katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat di Padang Sri Gelam,Johor.

Laine, yang bermain sebagai pemain tengah, turut menyifatkan perbezaan dalam latihan antara skuad kebangsaan serta bermain bersama kelab di Finland.

“Sukar untuk dikatakan kerana saya tidak bermain dalam liga tetapi dalam pasukan kebangsaan ini, pemainnya sangat bagus dan berkemahiran dan bola sepak mungkin berbeza dengan Finland. Di Finland ia lebih taktikal, pemain lebih straight-forward,” katanya.

Laine juga berkata bahawa beliau menerima sokongan hangat daripada peminat dan akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan mereka.Muka baharu selain Laine,yang dipanggil ialah penjaga gol Damien Lim (Sabah FC), Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC), Endrick dos Santos (Johor Darul Ta'zim FC), Muhamad Feroz Baharudin (Johor Darul Ta 'zim FC), Daniel Sang Ting (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC).


Perlawanan Persahabatan


KHAMIS 23 MAC:

Malaysia lwn Turkmenistan

Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam

SELASA 28 MAC:

Malaysia lwn Hong Kong

Stadium Sultan Ibrahim, 10 malam

- Bernama