Anak Isa Samad menang Timbalan Ketua UMNO

Mohd Najib menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Port Dickson pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
Mohd Najib menang jawatan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Port Dickson pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Mohd Najib, 45, memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Port Dickson pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026 pada Sabtu.

Mohd Najib memenangi jawatan berkenaan selepas menewaskan penyandang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Port Dickson itu juga turut menawarkan diri untuk mengisi jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, penyandang ketua UMNO bahagian itu pula, Datuk Mohd Faizal Ramli berjaya mempertahankan jawatan berkenaan dalam pertembungan dengan ADUN Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.