[VIDEO] Pemilihan UMNO: Persaingan Ahmad Maslan, Hasni bermula

Hasni ( kanan) dan Ahmad (kiri) bersalaman sebelum Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian bermula pada pagi Sabtu.
Hasni ( kanan) dan Ahmad (kiri) bersalaman sebelum Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian bermula pada pagi Sabtu.
A
A
A

PONTIAN- [DIKEMAS KINI] Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian, bermula seawal jam 9 pagi.

Dianggarkan seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan akan mengundi bagi menentu kepimpinan baharu UMNO Bahagian Pontian serta pimpinan pusat membabitkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Perwakilan yang hadir bagi Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian pada pagi Sabtu.
Perwakilan yang hadir bagi Pemilihan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian pada pagi Sabtu.

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian penyandangnya, Datuk Seri Hasni Mohammad akan dicabar Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Hasni yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Benut) turut bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

Ketika ini, Ahmad Maslan merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, manakala Naib Ketua UMNO pula disandang oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Hasni telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian bermula tahun 2001 sejak persempadanan semula kawasan Pilihan Raya antara Parlimen Pontian dan Parlimen Tanjung Piai.