Dr Wan Azizah rasmi pelancaran buku Pesona Personaliti esok

Dr Wan Azizah
Dr Wan Azizah
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dijadualkan menyempurnakan Pelancaran Buku Persona Personaliti terbitan Karya Bestari, Group Buku Karangkraf Sdn Bhd pada Sabtu.

Buku berkenaan merupakan hasil karya pertama Perunding Personaliti Seanggun Bidadari, Muna 'Izzah Fadzil bersama Karya Bestari.

Pesona Personaliti, Seni Mengenal Diri dan Mengubah Peribadi merupakan bacaan umum khusus untuk wanita.

Ia membantu pembaca untuk mengubah sikap dan personaliti menjadi lebih baik secara praktikal.

Pelancaran akan berlangsung di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Orang ramai dijemput hadir.