Thailand giat usaha kesan kapsul radioaktif hilang

Kapsul radioaktif itu dilaporkan hilang sejak 10 Mac lalu. Foto AP.
Kapsul radioaktif itu dilaporkan hilang sejak 10 Mac lalu. Foto AP.
A
A
A

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand memperhebat usaha termasuk menggunakan dron untuk mengesan kapsul mengandungi bahan radioaktif yang hilang di wilayah Prachin Buri, Thailand.

Kapsul seberat 25 kilogram (kg) yang mempunyai diameter 13 sentimeter dan 10 sentimeter panjang itu dilaporkan hilang pada 10 Mac semasa pemeriksaan rutin oleh kakitangan di Syarikat Loji Janakuasa Nasional 5A, yang mengendalikan loji janakuasa berkenaan.

Silinder itu adalah sebahagian daripada silo yang diisi dengan bahan radioaktif, Caesium-137.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Atom dan Keamanan (OAP) memaklumkan bahawa pasukan mencari yang dilengkapi dengan pengesan sinaran sudah dikerahkan untuk mencari kapsul yang hilang itu, termasuk di 26 pusat kitar semula dan kilang di daerah Si Maha Phot.

"Sehingga kini, pasukan itu belum menemukan Caesium-137," menurut kenyataan itu.

Selain itu, syarikat loji janakuasa turut menawarkan 100,000 baht berbanding 50,000 baht sebelum ini kepada individu yang dapat memberi maklumat sehingga kapsul itu daapt ditemukan semula. - Bernama.