Ramadan: FAMA, agensi KPKM dikerah pastikan bekalan cukup

Mohamad menyampaikan Anugerah Khas Pingat Emas Menteri kepada Zulfaqar Arief Zolhaimi pada Majlis Konvokesyen Pertanian Ke-11 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dikerahkan untuk memastikan bekalan makanan mencukupi menjelang Ramadan ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keterjaminan bekalan makanan di pasaran amat ditekankan agar tiada sebarang kekurangan berlaku.

"Kita memang mengerahkan (agensi) supaya tidak berlaku kekurangan bekalan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai jaminan bekalan makanan sepanjang Ramadan tahun ini.

Ramadan dijangka bermula pada Khamis minggu depan, namun ia tertakluk kepada pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Pada Rabu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan KPKM untuk melihat, memastikan bekalan rantaian cukup.