11 maut Pesta Api di Iran

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

Pesta Api atau d Chaharshanbe Suri yang disambut di Iran. - Agensi
Pesta Api atau d Chaharshanbe Suri yang disambut di Iran. - Agensi
A
A
A

TEHERAN - Seramai 11 orang maut dan lebih 3,500 lagi cedera semasa sambutan Pesta Api menjelang Tahun Baharu Parsi di Iran, lapor media tempatan pada Rabu.

Pesta Api atau d Chaharshanbe Suri dalam bahasa Parsi disambut setiap tahun pada malam Rabu terakhir sebelum Nowruz, tahun baharu Iran, yang bermula 20 Mac tahun ini.

"Sejak 20 Februari, 20 orang maut dalam insiden yang dikaitkan dengan Chaharchanbe Suri, termasuk 11 orang pada hari kejadian bersama lebih 3,660 cedera,"kata Ketua Perkhidmatan Kecemasan, Jafar Miadfar.

Rakyat Iran meraikan Pesta Api dengan melompat ke atas unggun api dan menggunakan mercun di tempat awam, yang menjadi upacara dilakukan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun lama dan menyambut tahun baru.

Pesta ini disukai golongan muda di mana mereka membuat bunga api sendiri untuk acara itu, satu tindakan yang kadangkala boleh membawa maut - AFP