Sila log masuk terlebih dahulu.

Ada individu guna nama PMO minta perbetul kenyataan isu telur: Ka Siong

A
A
A

BERITA SEMASA 15 MAC 2023

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa ada individu menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri (PMO) memintanya supaya membetulkan kenyataanya berhubung isu import dari India.

Presiden MCA yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Deepak' menelefonya semalam mendakwa telah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Ka Siong menerima dua surat saman daripada pengimport telur susulan kenyataan mengenai isu kekurangan telur yang dibangkitkannya ketika mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa