MCMC pertimbang saman X, gagal jamin keselamatan pengguna
13 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang termasuk menyaman platform media sosial X susulan kegagalan memastikan aspek keselamatan pengguna khususnya melibatkan kandungan berbahaya dan pendedahan kepada kanak-kanak.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sedang dibincangkan secara serius berikutan kebimbangan terhadap kandungan di platform itu yang didakwa tidak selari dengan keperluan keselamatan dan undang-undang Malaysia.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MCMC #MediaSosial #X #saman #FahmiFadzil
