Tampar penunggang motosikal: Anggota polis tidak dibenar jalankan tugas operasi
13 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Anggota polis yang tular kerana bertindak menampar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Perling, Johor Bahru pada Ahad lalu, tidak dibenarkan terlibat dengan penugasan operasi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, arahan berkenaan dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Tamparpenunggangmotosikal #PDRM
