Bekas pengurus badan berkanun direman enam hari

Bekas pengurus besar sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah.
Bekas pengurus besar sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah.
A
A
A

MELAKA - Bekas pengurus besar sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah RM47,000 pada 2021.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Majistret Nabilah Nizam bermula Rabu selepas dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Melaka bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan antara jam 10 hingga 10.30 malam pada Selasa.

SPRM dalam kenyataannya berkata, individu itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah sebagai balasan telah memperakukan kesempurnaan projek kerja-kerja Pembersihan, Penyediaan tapak serta Insfra di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Pre Prihatin) yang bernilai RM90,000.

"Siasatan awal mendapati suspek memperakukan kesempurnaan projek terbabit dengan balasan meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM47,000 daripada syarikat yang berjaya memperolehi sebutharga berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad yang dihubungi mengesahkan penahanan individu tersebut.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda Lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.