Mangsa banjir di Johor terus menurun

Tinjauan dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Segamat, Johor baru-baru ini.
Tinjauan dari udara melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekitar Segamat, Johor baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat jam 8 malam jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri itu berkurang kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.

"Mangsa teramai adalah di Batu Pahat iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN berkata dua sungai di Batu Pahat melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.62m, manakala Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatatkan bacaan 3.33m.

Sebelum itu, banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya. - Bernama