MTD Volley juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023

Shamsul Iskandar (tengah) menyampaikan hadiah utama kepada pasukan MTD Volley yang menjadi juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023 Piala Madani di Stadium Tertutup Kluang, Kluang pada Ahad.
Shamsul Iskandar (tengah) menyampaikan hadiah utama kepada pasukan MTD Volley yang menjadi juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023 Piala Madani di Stadium Tertutup Kluang, Kluang pada Ahad.
A
A
A

PASUKAN MTD Volley muncul juara Kejohanan Bola Tampar Lelaki Terbuka Kluang 2023 Piala Madani yang diadakan di Stadium Tertutup Kluang di sini pada Ahad.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan MTD Vollet membawa pulang wang tunai RM3,000 selain piala dan medal.

Pasukan ATM Gladiators pula bergelar Naib Juara dengan membawa wang tunai RM2,000 dan medal, manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan DRVC (RM700 dan medal) sementara tempat keempat milik pasukan BBVC (RM400 dan medal).

Kejohanan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad itu dianjurkan Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Johor.

Pengerusi Pekasih Johor, Jaafar Matek berkata, penyampaian piala dan medal untuk pasukan Juara disempurnakan Setiausaha Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Sebanyak 12 pasukan yang terdiri dari kelab-kelab bola tampar di Johor dan Selangor mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini," katanya.