Merakyatkan Dasar Luar bermula dari rumah, kata Saifuddin

Saifuddin Abdullah -Foto Bernama
Saifuddin Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan usaha merakyatkan kerangka Dasar Luar perlu bermula dari 'rumah'.

Beliau berkata, langkah baharu yang dilaksanakan kementerian selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih itu adalah untuk mengubah persepsi masyarakat.

Pada masa sama, bertindak sebagai platform bagi mendekatkan rakyat Malaysia dengan pihak kementerian.

"Sebelum ini, rakyat beranggapan dasar luar merupakan tugas menteri dan diplomat ataupun individu yang memakai kot, tali leher serta naik kapal terbang walhal, perkara (dasar luar) ini harus bermula dari rumah.

"Atas faktor itu, kementerian telah melakukan beberapa siri perbincangan bersama pihak universiti bagi berbincang dan mendapat maklum balas daripada mahasiswa mengenai kerangka dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Wisma Putra di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, pihak kementerian turut melaksanakan penubuhan Majlis Perundingan Dasar Luar melibatkan barisan tokoh akademik, bekas duta, wakil belia dan tokoh perniagaan dalam usaha merakyatkan Dasar Luar.

"Selain itu, kami juga bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi menempatkan anak muda dalam isu antarabangsa secara sistematik.

"Ini termasuklah, mencadangkan penubuhan jawatankuasa pemilih polisi forum supaya Parlimen memainkan peranan dalam merancang dan memantau dasar luar," jelasnya.

Artikel Berkaitan: