Malaysia rai Hari Komanwel

Malaysia meraikan Hari Komanwel pada Isnin.- Gambar hiasan - Foto 123RF
Malaysia meraikan Hari Komanwel pada Isnin.- Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia bersama 53 negara Komanwel meraikan Hari Komanwel pada Isnin.

Menerusi kenyataan pada Isnin Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, tahun ini juga, Tahun Keamanan Komanwel dan Tahun Belia Komanwel turut diraikan bagi memperingati ulang tahun ke-10 penandatanganan Piagam Komanwel.

Tema yang dipilih ialah "Forging a Sustainable and Peaceful Common Future" dengan menekankan keperluan mendesak untuk kerjasama antarabangsa dan pertumbuhan mampan bagi menangani cabaran pascapandemik.

"Malaysia menantikan acara dan mesyuarat Komanwel akan datang yang dirancang sepanjang tahun dan kepada pelaksanaan berterusan hasil Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2022 dalam memupuk keamanan dan memastikan pembangunan mampan untuk negara Komanwel," katanya.

Komanwel ditubuhkan pada 1949 dan Malaysia menjadi negara anggota pada 1957.

Pada 1998, Malaysia menjadi negara Asia pertama menganjurkan Sukan Komanwel.