Muhyiddin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam

Muhyiddin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi Isnin. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Muhyiddin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi Isnin. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam sekitar jam 8.20 pagi Isnin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada Sabtu mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu dituduh di bawah AMLATFPUAA.

Azam berkata, pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap Pengerusi PN itu melibatkan kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang dijalankan siasatannya oleh SPRM.