Semangat juara warga KSR Karangkraf

No Image Caption
A
A
A

SERAMAI 80 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Amatur 2023, anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) Karangkraf bersama Kelab Badminton Sinar BC di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

Kejohanan yang mempertandingkan dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu wanita itu disertai ahli KSR dengan Felet International Holdings Sdn Bhd (Felet) menjadi penaja untuk hadiah utama.

Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan, Pengurusan Risiko) Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Pengarah Eksekutif/CEO Ultimate Print Sdn Bhd, Azizi Fikry.

Juara kategori beregu lelaki dimenangi Sahrulnizam Munawir-Mohd Zaidi Ramli, manakala juara kategori beregu wanita milik Nur Iziyati Saila Zulkhieflety-Nurul Huda Husain, membawa pulang set kelengkapan badminton tajaan Felet.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption