Korban tanah runtuh di Indonesia meningkat 44 orang

Gambar udara yang diambil pada 8 Mac menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan jentera berat untuk mencari mangsa antara rumah yang musnah selepas dilanda tanah runtuh di kampung Pelimpak, Pulau Natuna. - Foto AFP

A
A
A

JAKARTA - Jumlah korban akibat tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau meningkat kepada 44 orang pada Sabtu dan usaha mencari 11 yang hilang masih diteruskan, kata pegawai.

"Daripada 44 mayat yang ditemukan, 43 daripadanya telah dikenal pasti,” kata ketua unit operasi agensi pengurusan dan mitigasi bencana Kabupaten Natuna Raja Darmika.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada Isnin, lapor Xinhua.

Hujan lebat dikatakan punca kepada tercetusnya bencana alam itu yang memusnahkan lebih 30 rumah dengan jumlah penduduk yang dipindahkan mencecah 2,234 orang, kata setiausaha agensi pengurusan dan mitigasi bencana Natuna, Syariffuddin Muhammad.

Beliau berkata, operasi menyelamat itu turut menggunakan jentera berat dan melibatkan petugas dari pejabat mencari dan menyelamat tempatan, agensi pengurusan dan mitigasi bencana tempatan serta tentera dan polis. - Bernama-Xinhua